Followers

Thursday, June 20, 2013

Tempahan Telekung Kanak-kanak di buka Dalili Comel @ D' comel

Sohibul khair, nak updated warna-warna yg ada stok untuk telekung Dalili Comel @ d'comel (telekung kanak-kanak), nama ni saya beri nama d'comel sempena nama anak tunggal perempuan saya hihihi...(sekuntum bunga ditaman)...sesiapa yang berminat untuk tempahan sila sms/whatsapp 017-6047437 (can't talk, whatsApp and sms only)..nanti saya updated gambar telekung-telekung yang dah siap...ini antara warna yang available....





yang ini saya zoom untuk warnanya......



Green

 Pink

 White 

Blue




Jom gi Majlis Ilmu

salam semua,,,untuk posting ari ni nak ajak kawan-kawan gi majlis ilmu Majlis Ta'alim Darul Murtadza yg dipimpin oleh Habib Ali Zeinal Abidin
"Sesungguhnya para ulama’ itu adalah pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidaklah mewariskan dinar mahupun dirham, tetapi mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya (ilmu tersebut) bererti dia telah mengambil bahagian ilmu yang banyak”. (Riwayat Abu Daud & At-Tirdmizi)

Majlis Ta'lim Darul Murtadza akan bersambung seperti biasa pada :

Tarikh : 21/06/13
Hari : Jumaat
Masa : 9:15 pm
Lokasi : Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL.

Azam hadir & mohon sebarkan dakwah & mahabbah ini...

Thursday, June 6, 2013

Update tempahan tudung

saya baru berkesempatan nak upload gambar ari ni israk mikraj saja-saja nk cutikan diri dr kesibukan menjahit...nk luangkan masa update blog and upload gambar tempahan...tp ini gambar tudung yg dah sampai kat milik tuan jer...
saya snap gambar ni untuk contoh satu tudung ajer tp sebenarnya ada 8 helai tapi semua hitam size 2xl, xl, L, 4 helai M dan sehelai tudung kanak-kanak...tuannya nak gi umrah cuti sekolah aritu,,semua ada dagu....alhamdullillah tukang jahit belum sampai lagi ke sana insyaallah maner tau rezeki menjahit dapat ziarah Rasullullah saw di Madinah and wat umrah....best ni semoga ALLAH SWT mengabulkan hajatku..amin...


Shopping online...

salam,,nk share sikit barang-barang yg aku shopping online...buat org-org yg susah atau malas boleh ler....harga tak ler murah sgt tp ok ler berbanding nk ke jln tar...

 yg ni beli online ngan edina's craft and maymayshop

 yg ni beli di lasufi cotton tp kongsi ngan mila dari blogrimbun

yg ni beli kat kamdar jalan tar ini pun kongsi beli ngan mila (blogrimbun)..

Monday, May 6, 2013

Barut untuk tempahan

salam, saper2 yg berminat nak tempah barut baby pun boleh melalui hanieyza shoppe...

Barut Baby 

size 20X5.5
1pcs/ RM6.00
6pcs/RM36.00 
12pcs/RM72.00 
 (caj poslaju RM6.00)




HEXAGON


 tetiba ajer nak upload hexagon project...hehehe...









telekung kanak-kanak biasa/ Telekung yaman

salam, ari ni nak update sikit gambar telekung budak ..ini antara tempahan telekung untuk budak yang saya ambik...sebenarnya untuk pengetahuan pengunjung blog ini...saya mmg mengambil tempahan menjahit telekung kanak2 tp saya tak berkesempatan nak war-warkan dalam blog..kebanyakan telekung yang saya buat saya tak sempat nak ambik gambar semuakan siap dan di hantar kepada tuannya...kdg2 dah bungkus cantik2 nak bukak balik untuk snap gambar dah malas...almaklum saya ni sibuk dengan tugas  surirumah, merangkap driver untuk anak2 and merangkap PA untuk husband...buzzyy giler...kdg2 dah nak tidur baru teringat semua benda yang terlepas pandang...itulah saya...insyaalah yg kemudian-kemudian ni akanku perbaiki kesilapan sendiri.....minta2 berkesempatan ler...ni dah nak masuk bulan syaaban dah sibuk ngan menjahit telekung dewasa...agak2nya sempat ke aku ni...ngan baby uwais lagi....nanti saya update kain insyaallah

Telekung kanak-kanak biasa/ Telekung Yaman Kanak
S = RM40.00 umur 2-4thn
M = RM55.00 umur 5-6thn
L = RM70.00 umur 7-12thn