Followers

Friday, July 30, 2010

Tudung Lagi



Tudung Plain RM25.00
Size : L
(Ukuran Dagu ke bawah 15')


Tudung Tiara RM35.00
Size : L
(ukuran dagu ke bawah 15')

Tudung Balqis RM35
Size : L
(ukuran dagu ke bawah 15')

Tudung Tiara RM45.00
Size : XL

(Ukuran dagu ke Bawah 19')



Monday, July 26, 2010

New design T-shirt Muslimah baru keluar 'oven'

Ribbon Green

Harga :
Size M - RM43.00
Size XL - RM43.00


Jenis Ribbon mempunyai poket tersembunyi. Jenis Kain 100% cotton yang berkualiti dan warna yang tidak luntur walau dicuci beberapa kali.







Ribbon Candy Pink


Harga : S & M (RM43.00) , 2XL (RM45.00)


Corak di dada






Sulaman di kaki




Hujung Tangan





Size Available Now
Ladies






SizeSM2XL




Dada384046
Bahu161720
Labuh Baju3434 1/235 1/2
Panjang Tangan1919 1/221 1/2










Thursday, July 22, 2010

Salam, semalam start pukul 4.00ptg baru berkesempatan nak pegang mesin jahit kesayanganku..mesinnya canggih tapi usernya hampehhh.....semalam dapat jahit beg untuk baju hujan ...hahaha....tengah excited nak jahit tu ttiba baru perasan zipnya ngak ada...jadinya camner nak wat...aku pun aper lagi bukak balik zip kat beg lamanya yang dah koyak- rabak aku guna semula...tp udahler tak senada ngan warna beg...tp disebabkan aku tak nak jdkan projek terbelengkalai aku buat jer...jadiler hasilnya beg warna purple( itu pun kain ntah tahun bila aku beli)..dan zipnya warna hijau...hahahah...lantak kome janji beg aku siap....hahaha...itu ler sasaunya aku bila sesuatu benda yang aku excited nak buat semua halangan akan ku tepis.........hasilnya...jeng-jeng-jeng..................

Monday, July 19, 2010

3 helai tudung nak kasi Clear

RM35.00 (termasuk poslaju)


salam, kepada pengunjung blog...nak bagitau ni ada 3 helai stok tudung ku yang belum abis...kasi clear...saya bagi percuma caj poslaju...siapa yang berminat boleh sms/email.....3 helai tudung nir dijual berdasarkan 'first pay,first serve'...tak de reserve, sorry ya...........

Tudung Syria
RM35.00 (termasuk poslaju)















Tudung Balqis - sold out-

RM35.00 (termasuk poslaju)
Jenis kain Lycra. Berkualiti dan selesa dipakai.














RM35.00(termasuk poslaju)
Colour : Cream Plain

Jenis kain lycra dari korea..Berkualiti dan selesa dipakai...

Tudung Raya dari Rimbun

Salam, kat sebelah ni hadiah dari Giveway dr rimbun....dapat tudung free untuk raya....cantik x??...

Monday, July 12, 2010

Latest Caj Pos

KADAR POS DOMESTIK

Berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010

Kategori Berat Kadar Pos (RM)
Mel Standard sehinga 20 g 0.60
Lebih 20 g - 50 g 0.70
Mel Bukan Standard *** Sehingga 50 g 0.80
Lebih 50 g - 100 g 0.90
Lebih 100 g - 250 g 1.00
Lebih 250 g - 500 g 2.00
Lebih 500 g - 1 kg 3.50
Lebih 1 kg - 2 kg 5.50
Poskad - 0.30
Terbitan Berkala Sehingga 20 g 0.50
Lebih 20 g -50 g 0.60
Lebih 50 g - 100 g 0.80
Lebih 100 g - 250 g 0.90
PosDokumen * Sehingga 500 g 1.80
Lebih 500 g - 1 kg 3.00
Lebih 1 kg - 2 kg 4.50
Paket Kecil * Sehingga 1 kg 4.00
Lebih 1 kg - 2 kg 5.50
Bungkusan ** Sehingga 2 kg 7.00
Setiap 1kg berikutnya sehingga 30 kg 1.50


NOTA PENTING UNTUK KADAR POS DOMESTIK:
* BAGI PENGHANTARAN ITEM MELEBIHI 500g MELALUI UDARA DI ANTARA SEMENANJUNG MALAYSIA DAN SABAH / SARAWAK CAJ TAMBAHAN PENGANGKUTAN UDARA AKAN DIKENAKAN SEBANYAK RM 1.50 BAGI SETIAP 500g TAMBAHAN.
** BAGI PENGHANTARAN BUNGKUSAN MELALUI UDARA DI ANTARA SEMENANJUNG MALAYSIA DAN SABAH / SARAWAK, CAJ TAMBAHAN PENGANGKUTAN UDARA SEBANYAK RM 1.50 AKAN DIKENAKAN BAGI SETIAP 500g ATAU SEBAHAGIANNYA SEHINGGA 30kg.
*** PELAKSANAAN CAJ TAMBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.


Maklumat Caj PosDaftar
Penjelasan Kadar Baru Catatan
Domestik (Dalam Negara) RM 2.20 Caj pendaftaran (RM 1.60) dan bayaran pos kurang daripada 20g (RM 0.60)
Antarabangsa (Luar Negara) RM 4.10 Termasuk bayaran pendaftaran (RM 1.60) dan penyerahan (RM 2.50) tetapi tidak termasuk bayaran pos mengikut destinasi dan berat
Sampul PosDaftar (Dalam Negara) RM 2.50
  • Caj pendaftaran dan pengeposan kurang daripada 50g
  • Ketebalan 3.0mm


NOTA: BAYARAN PENGEPOSAN UNTUK ITEM POSDAFTAR TERTAKLUK KEPADA SAIZ DAN BERAT SAHAJA


Sunday, July 11, 2010

Motivasi Diri...

Dari Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Orang mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu’min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musibah maka janganlah engkau berkata: “Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu.” Tetapi berkatalah: “Ini adalah takdir Allah dan apa sahaja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya,” sebab sesungguhnya ucapan “andaikata” itu membuka pintu godaan syaitan.” (Riwayat Muslim)

Kita perlu membentuk diri kita menjadi orang yang kuat – kuat di pemikiran, fizikal, ilmu, tindakan dan penaakulan.

Orang cemerlang adalah orang yang melatih dirinya untuk sentiasa bekerja kuat, optimis pada masalah serta bersangka baik dengan musibah.

Dia menerima kesilapan dengan pemikiran positif serta tidak pernah merasa menyesal di atas segala salah dan silap yang dilakukan olehnya.

Frasa ‘work hard, work smart’ sudah jadi kurang sesuai pada hari ini.

Pilihlah untuk menggunakan frasa ‘work hard in smart way’.

Dalam kita bekerja kuat, kita perlu bekerja dengan cara yang pintar supaya kerja kita benar-benar mendatangkan hasil. Kita rugi apabila kita bekerja keras tapi hasil kerja kita kurang memuaskan.

Thursday, July 8, 2010

Parenting Lessons from the World Cup..

Salam, topik pagi tadi dalam MHI oleh Zaid Mohamed. Aku paling suka tengok MHI kalo yang mewawancaranya Wardina Safiyah mmg best soalan-soalannya...mungkin selama ni aku kalo tengok bola sepak sekadar nak tengok pasukan yang aku minat dan pemain yang aku minat, kalo kat Malaysia sudah semestinya aku sokong Pasukan Perak sbb aku asal orang Perak tetap setia walaupun pasukan Perak 'tumpo'..hihihi...untuk World Cup ni aku sokong Brazil tp disebabkan Brazil dah tumpo aku sokong belanda ler ye.....apa yang kita dapat dengan menonton World Cup mungkin sekarang baru aku nampak melalui world cup ada sesuatu yang positif boleh aku terapkan dalam hubungan kekeluargaan..kerjasama (ikut ton wonder pet), start dari awal(utk pelajaran anak-anak kena start wat ulangkaji dari awal tp sbenarnya byk lagi cth lain dlm kekeluargaan), tidak putus asa (ibubapa kena selalu beri semangat pd anak-anak) jangan mencari kesilapan tapi cuba untuk cari penyelesaian( ibu atau bapa kena duduk bersama-sama anak-anak utk selesaikan setiap masalah dlm pelajaran), yakin dengan apa yang kita ada dan tawakal...ini cuma contoh untuk ibubapa dan anak-anak sebenarnya banyak yang kita boleh ambil jadi contoh dalam meniti perjalananan hidup ini...cuba satu yang kita ingat segala yang kita lakukan untuk keluarga atau apa sekalipun dengan Niat kerana ALLAH Taala dan berdoa supaya tidak putus dengan Rahmat ALLAH...Insyaallah...Impian pasti tercapai....

Giveaway Cotton


Salam, bestnya kalo aku dapat free cotton nir cantikkan? kalo kawan-kawan nak jugak, meh kita join giveaway kat sini maner tau ada rezeki....hihihi aku ni dah kemaruk nak menjahit Quilt guna kain cotton yang cantik dan berkualiti (itu just impian dilubuk hatiku, kalo tak pat yang biasa pun ok). Dah lama impian ni aku pendam tapi setakat buat guna perca kain ler alhamdullillah menjadi....aku siap download kat free pattern untuk dapat kan pattern yang lain daripada yang biasa mak-mak buat....kononnya nakkan kelainan...menjadi tu tetap menjadi tp warnanya tak yah nak citer ler ...macam-macam ada....hihihi....tp tak pe aku suka dengan colourfull..baru meriah suasana....maner tau ada rezeki aku kali ni...hihihi aritu dah dapat tudung free...nanti kalo dah dapat aku upload gambar...macam tak caya leh jd pemenang...alhamdullillah rezeki tudung tak payah beli untuk raya nir....