Followers

Saturday, December 28, 2013

Jom Beli Minda Soleh

 salam...jom beli minda soleh dah nk bukak sekolah ni....




..MINDA SOLEH boleh membantu ......

Harga :
RM10.00(SM), RM13.00 (SS) sekotak( poslaju RM6.00)
 RM96.00(SM)/12 botol (sedozen) free caj penghantaran
 RM140.00 (SS) / 12 botol free caj penghantaran

Kandungan : 60 biji 
1. Menajam daya pemikiran

2. Membina daya tumpuan

3. Membentuk tisu otak


Atura makan : 30 minit sebelum makan, letak dibawah lidah (kemam)


6thn kebawah : 1 biji (pagi)

7-20thn : 1 biji (pagi, malam)

20thn ke atas : 1 biji pagi, petang, malam)

Ibu mengandung : 1 biji (pagi, petang, malam)


Keistimewaan MINDA SOLEH

1. Sungguh efektif bagi mengatasi masalah minda/emosi

2. Tidak mengandungi sebarang unsur dadah & tiada ketagihan

3. Harga yang kompetatif/berpatutan dan bermanfaat
4. Sesuai untuk semua peringkat umur



Untuk pengetahuan Ibu Bapa

MINDA SOLEH adalah produk inovasi dirumus melalui kaedah Biokimia & Homepathy,. Kaedah ini telah mendapat tempat dikalangan ramai pengamal perubatan masakini dan diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai perubatan alternatif/pelengkap minda.


Amalkan selama 3 bulan secara berterusan untuk keberkesanan TERBUKTI...INSYAALLAH




Herba Resdung Gali



 RM18/sm
RM20/ss

Kandungan 28 kapsul 

Digunakan secara trasidional untuk kesihatan 
1.Gatal-gatal di mata
2. Gatal-gatal di muka
3. Gatal di telinga
4. Gatal di Kulit Kepala 
5. Gatal Gusi 
6. Berjerawat, selsema, kuku kaki tangan rosak, nafas berbau


Catatan untuk akhir-akhir tahun 2013

salam semua...sekadar meluahkan isi hati...perjalanan hidupku untuk tahun 2013 terlalu banyak dugaan dan onak duri yg aku hadapi dalam dunia perniagaan online ini....tahun ini sajer mesin jahit teman tempat aku meluahkan bicara hati aku rosak yg memerlukan perbelanjaan yg agak besar buat aku...tp aku redha mungkin dalam aku mengambil tempahan ada yg bukan dari hak aku yang aku ambil, Allah ambik dengan cara mesin aku rosak ku redho itu mungkin kafarah buat aku.....setelah hampir 9 bln aku merehatkan diri bln ini aku memulakn semula dunia jahitan ini...sepanjang tempoh bercuti itu byk perkara yg aku pelajari untuk penambahbaikan ilmu jahitan aku...Alhamdulillah aku jumpa group yg mempunyai minat yg sama dalam ilmu jahitan yg cukup tidak lokek dengan ilmu jahitan yg mereka ada...masyaallah semoga Allah memberkati kalian semua semoga Allah memberikan ilmu yg lebih byk dr ilmu yg kalian share pada orang lain....insyaallah...satu perkara yg aku pelajari setiap apa yg aku lakukan wajib dengan niat tulus ikhlas kerana Allah Taala,hasilnya masyaallah Allah balas dengan Maha Kaya Allah...Beramallah... berhenti berharap dan  meminta  pada makhluk sesungguhnya kepada ALLAH jua selayaknya kita meminta dan berharap..kerana pemberian manusia/makhluk itu pasti ada bangkitannya tetapi pemberian Allah itu sebanyaknya Maha Kaya Allah...

Friday, December 13, 2013

Nasihat Al Imam Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz


Salam semua ni nak share apa yg boleh kita ambil dari kedatangan Al Imam Habib Umar ke Malaysia baru-baru ini pada 5 hb hingga 7hb december 2013 yg lepas...

Diantara Nasehat Habib Umar bin Hafidzh pada penutup Dauroh 'Ilmiyah bagi para Guru dan Da'i :

1. Jagalah selalu membaca al-qur'an dengan memahami dan rasa ta'dzhim 
2. Jauhilah kalian dan istri untuk mengikuti non muslim dan orang-orang yg lalai, ikutilah Nabi Muhammad saw, keluarga, shohabat dan orang-orang sholeh maka ini menjadi kemulyaan kalian.. jika kalian melaksanakan maka akan beruntung dengan kemulyaan dunia dan akhirat.
3. Bantulah diri kalian dan keluarga dengan meninggal acara-acara orang yg lalai baik lewat internet atau televisi dan lain-lain. Mereka tidak memiliki sedikitpun kebaikan untuk kalian..akan tetapi kebaikan keseluruhan ada pada yg di ajarkan dan di bawa oleh Nabi Muhammad saw. 
4. Aku wasiati kalian untuk saling sambung dan tolong menolong dengan baik, hendaknya saling terikat antara pondok kalian agar terlihat dengan jelas sunnah-sunnah Nabi saw di antara kalian dan ummat dan menjadi samar tidak nampak bahkan hilang akhlaq dan kebiasaan orang-orang kafir, fasiq dan yg lalai dari Allah swt. 
5. Bentengilah dengan dzikir dan sunnah nabawy, baik dzikir pagi sore, masuk keluar masjid, rumah dan kamar mandi serta dzikir bangun dan tidur. 
6. Selalulah keluar berda'wah dan mengajar, masuklah ke semua pula dan jangan sampai ada dari tujuh ribu pulau kecuali kalian memasukinya. Jangan kalian batasi niat kalian atasnya saja...

dibawah ini

Biografi Guru Mulia al-Habib Umar bin Hafidz 

 

Nasab


Nasab beliau yang mulia ialah al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abd-Allah bin Abi Bakr bin‘Aidrus bin al-Hussain bin al-Shaikh Abi Bakr bin Salim bin ‘Abd-Allah bin ‘Abd-al-Rahman bin ‘Abd-Allah bin al-Shaikh ‘Abd-al-Rahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Daweela bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Sahib al-Mirbat bin ‘Ali Khali‘ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidallah bin al-Imam al-Muhajir to Allah Ahmad bin ‘Isa bin Muhammad bin ‘Ali al-‘Uraidi bin Ja'far al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin Hussain cucu Nabi, putera kepada pasangan ‘Ali bin Abu Talib dan Fatimah al-Zahra puteri Baginda Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa alihi wa sohbihi wasallam.

Kehidupan


Beliau dilahirkan sebelum waktu fajar hari Isnin, 4 Muharram 1383 H bersamaan 27 Mei 1963M di Kota Tarim, Hadramaut, salah satu kota tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan ramainya para ilmuwan dan para alim ulama yang dihasilkan dari kota ini selama berabad-abad lamanya. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang merupakan seorang pejuang syahid yang terkenal, ahli intelektual, penda'wah yang ulung, iaitu Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim yang juga merupakan Mufti Kota Tarim al-Ghanna.


Demikian juga kedua-dua datuk beliau, al-Habib Salim bin Hafiz dan al-Habib Hafiz bin Abd-Allah yang juga merupakan para intelektual Islam yang sangat dihormati kaum 'ulama dan intelektual Muslim pada zamannya. Allah seakan-akan telah menyediakan kondisi dan persekitaran yang sesuai bagi al-Habib ‘Umar melalui hubungannya dengan para intelektual muslim di sekitarnya serta kemuliaan yang muncul daripada kalangan keluarganya sendiri dan lingkungan masyarakat di mana beliau dibesarkan.




Beliau telah mampu menghafal Al Qur’an pada usia yang sangat muda dan beliau juga menghafal banyak teks dan matan dalam ilmu Fiqh, Hadith, Bahasa Arab dan berbagai-bagai lagi cabang ilmu lain. Beliau turut serta dalam halaqah ilmu yang dikendalikan oleh ramai ulama-ulama tradisional seperti al-Shaikh Muhammad bin ‘Alawi bin Shihab, al-Shaikh Fadl Baa Fadl dan juga para ulama lain yang mengajar di Ribat, Tarim yang terkenal itu. Maka beliau pun mempelajari ilmu-ilmu agama dan kerohanian dari ayahnya yang meninggal syahid, al-Habib Muhammad bin Salim, yang daripadanya beliau dapatkan cinta dan perhatian yang mendalam pada da'wah dan bimbingan keagamaan mengikut cara yang dikehendaki Allah SWT. Ayahnya begitu memperhatikan al-Habib ‘Umar sewaktu kecil yang sentiasa berada di sisi ayahnya di dalam halaqah ilmu dan zikir.

Satu ketika berlaku peristiwa tragis saat al-Habib ‘Umar sedang menemani ayahnya untuk menunaikan solat Jum‘at, ayahnya diculik oleh golongan komunis, dan beliau yang masih kecil ketika itu pulang bersendirian ke rumahnya dengan masih membawa syal (kain berupa selendang) milik ayahnya, dan sejak saat itu ayahnya tidak lagi kelihatan. Ini menyebabkan beliau menganggap bahwa tanggung jawab untuk meneruskan pekerjaan yang dilakukan ayahnya iaitu dalam bidang da‘wah disampaikan melalui syal ayahnya, ibarat sebuah bendera perjuangan yang diberikan kepadanya sebelum ayahnya mati syahid. Sejak itu, dengan bendera tersebut yang dikibarkannya tinggi-tinggi, ia memulakan secara bersemangat perjalanan penuh perjuangan, mengumpulkan orang-orang, membentuk majlis-majlis ilmu dan berda’wah. Perjuangan dan usahanya yang gigih demi meneruskan perjuangan ayahnya mula membuahkan hasil. Kelas-kelas mulai dibuka bagi golongan muda mahupun orang-orang tua di masjid-masjid setempat di mana ditawarkan pelbagai peluang untuk menghafal Al Qur’an dan untuk belajar ilmu-ilmu agama.




Sesungguhnya al-Habib ‘Umar ialah seorang ulama' yang benar-benar memahami kitab suci al-Quran sehingga ia telah diberikan sesuatu kurnia yang khusus daripada Allah, meskipun ketika usianya yang masih muda. Namun hal ini mula menyebabkan timbulnya kekhuatiran akan keselamatannya dan akhirnya diputuskan supaya beliau dihantar ke kota al-Bayda’ yang terletak di tempat yang disebut Yaman Utara. Ini menjadikannya jauh dari jangkauan mereka yang berniat jahat ingin mencelakakan beliau.

Di sana bermula babak baru yang penting dalam perkembangan ilmu beliau. Dengan memasuki sekolah Ribat di al-Bayda’ beliau mula belajar ilmu-ilmu tradisional dibawah bimbingan mereka yang ahli iaitu al-Habib Muhammad bin ‘Abd-Allah al-Haddar, semoga Allah mengampuninya, dan juga dibawah bimbingan seorang 'alim mazhab Shafi‘i al-Habib Zain bin Sumait, semoga Allah melindunginya. Janji beliau terpenuhi ketika akhirnya beliau diangkat sebagai seorang guru tak lama kemudian. Beliau terus melanjutkan perjuangannya yang tak mengenal erti lelah dalam bidang da‘wah.




Kali ini tempatnya adalah al-Bayda’ dan kota-kota serta desa-desa disekitarnya. Tiada satu pun yang tertinggal dalam usahanya untuk memperkenalkan kembali cinta kasih Allah dan Rasul-Nya s.a.w dalam hati manusia seluruhnya. Kelas-kelas dan majlis didirikan, pengajaran dimulakan dan masyarakat dibimbing. Usaha beliau yang demikian gigih menyebabkan dirinya sentiasa kekurangan tidur dan istirehat. Namun usaha beliau mula menunjukkan hasil yang besar apabila manusia tersentuh dengan ajaran yang disampaikan beliau, terutamanya para pemuda yang sebelum itu terjerumus dalam kehidupan yang kosong dan sia-sia, namun kini telah mengalami perubahan mendalam hingga mereka akhirnya sedar bahawa hidup ini memiliki tujuan, mereka bangga dengan indentiti baru mereka sebagai Muslim, mengenakan serban dan selendang (rida') sebagai cara pakaian umat Islam dan mula menumpukan perhatian mereka demi meraih sifat-sifat luhur dan pekerti mulia seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.


Sejak saat itu, sekelompok besar masyarakat yang telah terkesan dengan da'wah beliau mula berkumpul mengelilingi beliau dan membantunya dalam perjuangan da‘wah di bermacam-macam kota, baik besar maupun kecil di Yaman Utara. Pada masa ini, beliau mula mengunjungi banyak tempat mahupun masyarakat di seluruh Yaman, mulai dari kota Ta'iz di utara, untuk belajar ilmu daripada mufti Ta‘iz al-Habib Ibrahim bin Aqil bin Yahya yang mula menaruh perhatian dan kasih-sayang yang besar terhadap beliau sebagaimana yang didapatkan daripada Shaikh al-Habib Muhammad al-Haddar sehingga guru beliau itu menawarkan puterinya untuk dinikahi setelah menyaksikan bahwa dalam diri beliau terdapat sifat-sifat kejujuran dan kepintaran yang luar biasa.

Tak lama kemudian, beliau melakukan pengembaraan yang melelahkan untuk menunaikan ibadah Haji di Makkah dan menziarahi makam Rasulullah SAW di Kota Madinah. Dalam perjalanannya ke tanah Hijaz, beliau dikurniakan kesempatan untuk mempelajari beberapa kitab daripada para ulama yang terkenal di sana, terutama daripada al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad al-Saqqaf yang telah menyaksikan bahawa di dalam diri al-Habib ‘Umar, terdapat semangat pemuda yang penuh kecintaan terhadap Allah dan Rasul-Nya SAW dan seorang yang bersungguh-sungguh dalam menyebarkan ilmu dan keadilan kepada umat manusia, sehingga beliau benar-benar dicintai al-Habib Abdul Qadir selaku salah-seorang gurunya yang utama. Beliau turut dikurniakan kesempatan untuk menimba ilmu dan mendapatkan bimbingan daripada kedua-dua simbol keadilan di Hijaz, yakni al-Habib Ahmed Mashur al-Haddad dan al-Habib 'Attas al-Habashi.




Sejak itulah nama al-Habib Umar bin Hafiz mula tersebar luas disebabkan kegigihan usaha beliau dalam menyeru manusia kepada agama Islam dan memperbaharui ajaran-ajaran awal yang tradisional. Namun kepopularan dan kemasyhuran yang besar ini tidak sedikit pun mengurangkan usaha pengajaran beliau, bahkan sebaliknya. Tiada waktu yang terbuang sia-sia, setiap saat dipenuhi dengan mengingati Allah dalam pelbagai manifestasi dan cara, dalam pelbagai situasi dan lokasi yang berbeza. Perhatiannya yang mendalam dalam usaha menyuburkan keimanan terutamanya terhadap mereka yang berada di sampingnya, telah menjadi salah satu dari perilaku beliau yang paling dilihat jelas sehingga membuat nama beliau tersebar luas bahkan hingga sampai ke seantero dunia masa kini.




Berdakwah, mengajar dan belajar telah sebati dalam jiwa beliau. Pada tahun 1414H bersamaan 1994M apabila kembali ke tanah tumpah darahnya, beliau telah mengasaskan sebuah pusat pendidikan Islam yang diberi nama “Dar al-Musthafa” di Bandar Tarim Hadramaut. Ini berikutan daripada pelajar-pelajar yang datang dari beberapa Negara Islam untuk menerima didikan daripada beliau. Diperingkat awal penubuhan Dar al-Mustafa diasaskan atas beberapa matlamat seperti berikut:-

1. Menimba ilmu syariat dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya secara talaqi daripada guru-guru yang berkeahlian dalam bidang tersebut berserta sanad mereka
2. Membersihkan jiwa serta mendidik akhlak
3. Mengarusperdanakan ilmu-ilmu yang bermanafaat serta dakwah kepada Allah.

Akhirnya Dar al-Musthafa mampu membangunkan tapak pengajian sendiri yang dinobatkan secara rasmi sebagai sebuah pusat pengajian dan pendidikan Islam pada 29 Zu al-Hijjah bersamaan 6 Mei 1997. Kini Dar al-Mustafa begitu mendapat perhatian daripada pelajar-pelajar seluruh dunia Islam, ditambah pula graduan-graduannya telah diiktiraf oleh al-Azhar al-Sahrif dan kebanyakan universiti terkemuka dunia Islam.




Al-Allamah al-Habib Umar al-Hafiz telah banyak menbuat lawatan dakwah Islami dan menyampaikan ilmu syarak ke negara-negara Islam lain seperti Syria. Mesir, Sudan, Pakistan, Indonesia, Brunei Darussalam dan Negara kita Malaysia saban tahun

Karya


Di samping seorang pendakwah, Habib Umar juga seorang penulis yang produktif. Karya-karyanya tidak terhad kepada ilmu Fiqh sahaja, bahkan beliau juga mengarang beberapa kitab Tasawuf dan Maulid. Kitab yang ditulis antara lain:

• Dhiya'ul Lami' (Maulid Nabi Muhammad SAW)
• Dhakhira Musyarofah (Fiqh)
• Muhtar Ahadits (Hadits)
• Nurul Iman (Aqidah)
• Durul Asas (Nahu)
• Khulasah Madad an-Nabawi (Zikir)
• Tsaqafatul Khatib (Panduan Khutbah)




















dipeti dari  Majlis Ta'lim Darul Murtadza
Olahan semula daripada sumber asal:

Monday, December 2, 2013

Hasil keras tangan ku tahun ini

salam semua ini sebenarnya hasil dari google kt internet seluar jeans besar yg koyak kat lutut si abg di tranformasikan jadi seluar adik dgn idea ku yg tak berapa kreatif nir


Hasil Jahit Telekung untuk tahun ini setakat 02 Dec 2013

salam semoga,,ini hasil untuk tahun ni setakat hari nir...maaf saya x sempat nk adjust bg cantik,,,masa saya terhad sgt dengan anak-anak....dah dapat update sikit kat blog pun alhamdulillah...nnti nak snap gambar jubah-jubah hasil tangan saya insyaallah jika ada kesempatan yg lain....minggu ni berkerja kuat untuk menyiapkan jubah lelaki 2 pasang untuk dipakai oleh pemiliknya khamis nir,,,Ya Allah permudahkan urusanku hari ni dan hari seterusnya...permudahkan rezekiku ya Allah,,,semoga aku dapat beramal dengan sunnah Nabi saw...shollu Allan Nabiy....



Ini Koleksi telekung yamen yang ditempah oleh kawanku syimee untuk anaknya Umairah...semoga Umairah rajin solat dan menjadi anak penyejuk hati...lama tak jumpa syimee....insyallah diizinkan Allah kita jumpa malam ni di Majlis Hadrah Basaudan di Rumah Ustaz Azhar Hashim....jom ramai-ramai kita memeriahkan Majlis penuh Rahmat...........






gambar ni kiriman dari kak gie...mlm ni kita jumpa lagi yer sis...malam tadi kak gie tak datang kelas hijab...insyaallah kita jumpa nanti..best2nya punya teman-teman yg penuh ngan kasih sayang...berkat ukhwah yg kami jalin bersama Majlis Ta'alim Rahmatan Lil Amin...Sollu Allan Nabiy..alhamdulillah







Tuesday, November 12, 2013

Sekadar Renungan

salam..tiba-tiba ada peluang dan ruang untuk mengadap komputer terasa ingin menulis ini sebagai renungan..saya bukan ahli agama jauh sekali pandai hukum hakam agama tp masih mencari ilmu dan masih menuntut ilmu yg di fardhu keatas setiap mukhallaf..semoga saya terus kekal istiqomah menuntut ilmu Ad-din serta istiqomah beramal dengan nya...dan Semoga guru kami Ustaz Azhar Hashim
Majlis Ta'lim Rahmatan Lil A'lamin (Malaysia) di panjangkan Umur serta diberi kesihatan yang baik serta murid-murid beliau sentiasa istiqomah menuntut ilmu dari beliau...kata Ustaz Azhar Hashim disetiap kelas pengajiannya jika nak menuntut ilmu niatlah ilmu yg dipelajari untuk menutup kejahilan dan untukmendapat Redha Allah...Masyaallah terima kasih ustaz tanpa jemu dikau menyuluh kami untuk menuju jalan Allah untuk menjadi pencinta Allah dan Rasul saw para Auliyaila
ok...untuk yang ini saya ingin menulis tentang HIDAYAH..Hidayah ini terbahagi kepada 2 bahagian :

  1. Hidayah bayah yang merupakan suatu pemberitahuan dari Allah SWT kepada makhlukNYA yg dapat membezakan antara haq dan batil. Mereka yang diberi hidayah ini belum pasti akan melakukan/memilih jalan yang baik.
  2. Hidayah taufiq iaitu ilham dari Allah SWT kepada seseorang untuk cenderung memilih jalan yang baik. Maka janganlah kita terasa bangga atas segala kebaikan yang telah dilakukan kerana hakikatnya ianya bukanlah semata-mata kerana daya usaha kita sahaja.
* sekurang-kurangnya kita setiap hari memohon hidayah dariNYA sebanyak 18x melalui Al Fatihah solat fardhu dan sekali melalui bacaan qunut solat subuh...

(dipeti dari kalam Al Habin Ali Zainel Abidin bin Abu Bakar Al Hameed : Majlis Taalim Datul Murtadza)

sekitar Majlis Maulid di surau  Mutiara Damansara

"sekiranya Rasulullah saw ada dalam hati kita,rahmat Allah akan ada bersama kita. tapi kalau tiada Rasulullah dalam hati kita,maka jauhlah rahmat Allah daripada kita"
 
Cinta Rasul oleh Ustaz Azahar Hashim Al Hadrami di Surau Mutiara Homes, Mutiara Damansara
www.youtube.com
Cinta Rasul oleh Ustaz Azahar Hashim Al Hadrami di Surau Mutiara

Friday, September 27, 2013

Tudung 3 layer..

salam yg ni tudung 3 layer baru siap tuan tanah lum ambik lg...

update my telekung

salam...ini hasil minggu lepas anak perempuan saya pakai telekung baru kt sekolah agama , kawan dia berkenan and order...yg ni untuk budak size 9-10 tahun harga RM75 (tidak termasuk pos)...khusus untuk budak 9 keatas saya watkan lapik kat top supaya x jarang ( ada sulam sikit hasil mesin portable singerku) dan saya tambahkan beg untuk isi telekung...  ini lah hasil jari jemari nieyza....... maaf kalo gambar dia tunggang langgang....jika berminat leh sms/whatapps 0176047437.
 atau email kat honeyza.anje76@gmail.com...untuk pengetahuan jugak setiap order saya akan minta deposit 50% dari harga telekung....jugak yg berminat order telekung telekung dewasa jugak silalah jgn malu-malu...


Update my telekung kanak-kanak

Salam semua,,,berkat hari jumaat ni saya doakn semua pengunjung blog ni sentiasa di Rahmati Allah SWT...semoga kalian semua sentiasa berada dalam keadaan yg baik dan sihat...ermm..ni baru sempat nak update blog...ini sebahagian gambar telekung kanak-kanak yang ditempah melalui blog ni jugak dan order terus dari saya...telekung biasa and telekung yaman kanak-kanak...mungkin rasa pelik sgt tak de order warna lain ke pink ajer...mmg betul pun...kain-kain dari warna pilihan lain masih belum terusik saya beli sebelum rasa JV ngan milaKamila.....20meter telah selesai...ni nak beli lagi kain pink and putih....

Add caption

ini antaranya...untuk yg berminat nak order leh sms/whatsapp 0176047437 (maaf call tidak dilayan)


Tuesday, June 25, 2013

Updated tempahan jubah, tudung and niqob

salam semua ni nak updated tempahan-tempahan yg dah siap,,,


 Jubah leher bulat tangan cuff

 Tudung sekolah menengah

  
ni niqob dan tudung yg dah siap
 
zoom niqob..nak cerita sikit tentang tuan punya niqob ni dah pun terbang ke Hadramaut, Yaman mencari ilmu laduni yg dicita-citanya...negara yg penuh dengan alim ulamak, disana juga tinggalnya keturunan Rasulullah saw yg menyebarkn dakwahnya iaitu Al Habib Umar bin Hafidz. Beliau Al Habib Umar adalah pengasuh pondok Darul Mustofa Tarim Hadramaut. Beliau adalah cermin aslafunas sholihin di zaman ini. Hal ini nampak pada akhlak, ilmu dan semangat dakwah beliau.  Untuk pengetatuan semua Madrasah At Tazkiyah, USJ adalah cawangan Darul Mustafa yg pertama di Malaysia insyaallah..

Al Habib Umar bin Hafidz berkata:
"Apabila engkau sedikit berdzikir/mengingati Allah didunia, nescaya sedikit pula kesempatan memandangNya dan kedekatmu padaNya di Akhirat" 

Insyaallah ada kelapangan akan saya titipkan biodata Al Habib Umar, beliau adalah alim ulamak yg mengikuti ahli sunnah al waljamaah yang tulen..

 
menyiapkn tudung lycra double curly 3 helai all black
in progress

Thursday, June 20, 2013

Aktiviti menjahit telekung

salam, ni adalah antara aktiviti memjahit aku...bermula awal mei aritu, dah start menjahit telekung...sesiapa nk wat tempahan untuk ramadhan atau musim haji masih terbuka untuk beli individu atau borong..sms/whatsapp saya dialu-alukan. 0176047437..kalo berhajat sgt untuk berckp, please sms dulu bgtau ..
saya seorg surirumah kdg2  sibuk menguruskan baby atau sedang drive ambik anak-anak dr sekolah harap faham...Telekung Sulam RM140.00 tidak termasuk pos dan telekung plain RM100 saya pakai renda cotton, harda tidak termasuk pos





 jahit getah kain telekung


 zoom muka



 zoom renda cotton 


 siap dibungkus