Followers

Tuesday, November 12, 2013

Sekadar Renungan

salam..tiba-tiba ada peluang dan ruang untuk mengadap komputer terasa ingin menulis ini sebagai renungan..saya bukan ahli agama jauh sekali pandai hukum hakam agama tp masih mencari ilmu dan masih menuntut ilmu yg di fardhu keatas setiap mukhallaf..semoga saya terus kekal istiqomah menuntut ilmu Ad-din serta istiqomah beramal dengan nya...dan Semoga guru kami Ustaz Azhar Hashim
Majlis Ta'lim Rahmatan Lil A'lamin (Malaysia) di panjangkan Umur serta diberi kesihatan yang baik serta murid-murid beliau sentiasa istiqomah menuntut ilmu dari beliau...kata Ustaz Azhar Hashim disetiap kelas pengajiannya jika nak menuntut ilmu niatlah ilmu yg dipelajari untuk menutup kejahilan dan untukmendapat Redha Allah...Masyaallah terima kasih ustaz tanpa jemu dikau menyuluh kami untuk menuju jalan Allah untuk menjadi pencinta Allah dan Rasul saw para Auliyaila
ok...untuk yang ini saya ingin menulis tentang HIDAYAH..Hidayah ini terbahagi kepada 2 bahagian :

  1. Hidayah bayah yang merupakan suatu pemberitahuan dari Allah SWT kepada makhlukNYA yg dapat membezakan antara haq dan batil. Mereka yang diberi hidayah ini belum pasti akan melakukan/memilih jalan yang baik.
  2. Hidayah taufiq iaitu ilham dari Allah SWT kepada seseorang untuk cenderung memilih jalan yang baik. Maka janganlah kita terasa bangga atas segala kebaikan yang telah dilakukan kerana hakikatnya ianya bukanlah semata-mata kerana daya usaha kita sahaja.
* sekurang-kurangnya kita setiap hari memohon hidayah dariNYA sebanyak 18x melalui Al Fatihah solat fardhu dan sekali melalui bacaan qunut solat subuh...

(dipeti dari kalam Al Habin Ali Zainel Abidin bin Abu Bakar Al Hameed : Majlis Taalim Datul Murtadza)

sekitar Majlis Maulid di surau  Mutiara Damansara

"sekiranya Rasulullah saw ada dalam hati kita,rahmat Allah akan ada bersama kita. tapi kalau tiada Rasulullah dalam hati kita,maka jauhlah rahmat Allah daripada kita"
 
Cinta Rasul oleh Ustaz Azahar Hashim Al Hadrami di Surau Mutiara Homes, Mutiara Damansara
www.youtube.com
Cinta Rasul oleh Ustaz Azahar Hashim Al Hadrami di Surau Mutiara