السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DOA HARI SELASA
08/09/2015
(24 ZULKAEDAH 1436H)
ُِ. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Aziz Ya Yabbar Ya Mutakabbir
Allahuakbar...di hari Selasa 24 Zulkaedah yang mulia ini, kuatkan lah tekad kami untuk mencari peluang menyembahMu dan beribadat kepadaMu memohon ke hadrat-Mu agar diberi rahmat dan mendapat kerdhoaanMu didunia dan diakhirat.
Ya Allah Ya Tuhan kami....
Ingatkanlah kami akan setiap kejadian yang berlaku didunia ini adalah diatas ketentuanMu samada mendapat habuan atau kehilangan keatas sesuatu itu telahpun ditentukan olehMu. Dengan itu, jadikanlah kami redha dengan ketentuanMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Engkau sembuhkanlah kami yang sakit, mudahkanlah yang sulit dan sukar, lapangkanlah yang sempit dan jadikanlah kami hamba hambaMu yang ikhlas dalam menjalani kehidupan seharian dijalanMu.
Ya Allah Ya Ghaffar...
Kami memohon kepadaMu, berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh dan solehah, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Ya Allah Ya Rahman....
Berilah kami hidayahMu agar kami saling memaafi kerana "Sesungguhnya memaafkan tak akan membuat kita hina apatah lagi meminta maaf tak akan meruntuhkan harga diri kita manakala saling memaafi akan membuat kita mulia disisiNya".
🌺🌺 KATA KATA HIKMAH 🌺🌺
Ketika burung hidup, ia makan ulat. Ketika burung mati, ulat pula makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan sesiapun dalam hidup kita. Bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.
Daripada Anas r.a sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak sempurna Iman seseorang itu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri".
(Riwayat Muslim)
{ رَبَّنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْن َ}
{ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ }
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukmu Ya Allah Ya Rabbaln Alaamiin.
Mari Berzikir:
(Bersihkan Hati)
Allahumma Solli Alla Syaidina Muhammadin Waala Ali Saidina Muhammadin Wasohbihi Wassallim
🌞🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌞
YA ALLAH YA AZIZ YA RAHMAN.
Mulakan kecerian dipagi Selasa ini dengan perbanyakKan Zikrullah. Jika suatu saat aku Kehilangan Harapan dan Tujuanku. Berikan aku Keyakinan bahawa Takdirmu adalah Lebih Baik daripada apa yang aku inginkan dan Impikan. Kau Damaikanlah hatiku untuk menerima Takdirmu kerana aku yakin dan percaya Perancangan Mu adalah yang Terbaik dan Terindah buat hambanya . Siapa pun kita , kita tetap berada dalam senarai Perhatian Malaikat Maut. Ingatlah sepanjang mana Umur kita dan sebanyak manapun lagi sisa Nafas kita .. kita akan tetap menemui Sakaratul Maut. Pada masa itu barulah kita tahu betapa NikmatNya menyebut Nama ALLAH SWT. Semoga kita Sabar dan Menikmati proses Kehidupan sementara dimuka bumi ALLAH swt ini . Bahagia atau tidak sepenuhnya Rahsia ALLAH swt. Hargai Ibubapa selagi ia masih bernyawa . JANGAN lupa senyum kerana ia juga merupakan satu sedekah yang paling mudah .
Salam kasih sayang
LOVE minal qalbi bir Iman...
nieyza
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸