Followers

Thursday, May 12, 2011

European Blockbuster Giveaway!

kalo dapat yang nir dah kira terbaikkkkkkk

Salam, cantik tak pilihan saya...sebenarnya byk lagi..tak caya kalo tak caya jom join GA cik Azidah...boleh dapat free lagi tp syaratkan kena sertai GA.....jom kita join...mana tau rezeki bulan mei ni memihak kepada kita plak...aku ni bab menjahit ni mmg minat sangat-sangat sbb bagi aku kerja seni jahitan ni mmg betul berseni ler...walaupun tangan aku keras tak berseni...tp sbb minat mendalam insyaallah menjadi....

love,
nieyza

Tuesday, May 10, 2011

Tempahan Baju Online dibuka

Salam Kengkawan sekalian... Saya ingin maklumkan Tempahan Baju online di buka, cara-caranya pos kain beserta sample baju kepada saya..dan juga yang nak walk in boleh bagi kain berserta sample kain terus kat saya, di kawasan area kota damansara serta yang berhampiran sahaja....kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya nieyza sms 017-6047437 atau email honeyza.shoppe@gmail.com . Berikut senarai Harga Tempahan Baju, untuk makluman senarai harga tidak termasuk kos pos :

1) Baju kurung Biasa - RM40.00

2) Baju kurung Biasa - Tulang Belut RM49.00

3) Baju kurung Pesak Gantung / Kurung Pahang RM 40.00


4)Jubah cutting A - Leher biasa RM40.00

5)Jubah Wanita cutting A - teluk belanga & tangan cuff - RM 55.00

6) Baju melayu Johor lelaki (baju sahaja)- RM40.00

7) Jubah Lelaki - Teluk Belangga (bahu berlapik) - RM65.00

8) Baju kurung kanak-kanak- RM20.00

9) Jubah Kanak perempuan -RM20.00

10) Jubah kanak-kanak lelaki (teluk belanga) - RM35.00

dibawah contoh-contoh gambar :



Gambar baju melayu Johor


Gambar Jubah A - teluk belangga & tangan Cuff

note: mungkin gambar image tidak berapa clear, saya akan update kemudian....buat pengetahuan semua saya untuk tempahan offline mmg sedia berjalan telah hampir setahun cuma lately ni baru timbul idea nak war-warkan untuk online...selamat mencuba....




MY Handmade Tudung

Salam, kepada semua pembaca-pembaca blog nak update my handmade tudung...dibuka untuk jualan ada beberapa helai....Harga my handmade tudung ready stok bermula RM35.00 nanti saya update gambar yer....

Senarai Harga Tempahan Tudung... Kain tudung anda sendiri RM 20 sahaja.


Wednesday, May 4, 2011

Untuk Jualan - Rehal

Salam, kepada semua dibuka untuk jualan...Rehal mengaji handmade Harga RM25.00. Available stok 10 buah lagi





Monday, April 25, 2011

Kek Pelangi

Salam kepada semua, dah lama tidak berkesempatan nak mengupdate blog...sibuk dengan tempahan tudung dan baju....dalam kesibukkan tu aku berkesempatan buat kek pelangi...dapat pun dalam blog resepinorini ...meh aku kongsi resepi sesiapa yang berminat boleh cuba sendiri dan rasa lar sendiri.kalo nak mcm resipi boleh ler melawat ke blog kak noraini...sebenarnya cerita aku nir pernah terjumpa buku kak noraini ni kat kedai buku tp masa tu tak sempat nak singgah ada benda urgent...tengok jer lar...datang kemudiannya nak beli tak tak de...stok habis...aku pun suka search kek pelangi jd terjumpa lar resepi nir..mmg menjadi resepi nir....kek pun sedap, ini 2nd time buat, first time tak sempat nak ambik gambar...sedo-sedo dah tinggal keraknya...tukang buat pun tak sempat rasa.....hihihi....apa pun yang penting tak membazir...

gambar setelah dipotong kek...mungkin belum pakar lagi tp insyaallah akan diperbaiki....

ini gambar baru keluar dari oven...biasalah yang terkopek tu kerja anakanda yang tak sabar nak makan kek pelangi...yumm!yumm!yumm!...Selamat mencuba...

Bahan-bahan :
250 gm mentega
220 gm gula kastor
220 gm tepung kek
4 biji telur A
1 sudu teh serbuk penaik
50 ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna merah, hijau dan kuning

Cara Membuatnya :
1. Griskan tin pembakar bulat berukuran inci dan lapik kertas serap minyak.
2. Satukan mentega dan gula lalu dipukul hingga gebu dan putih.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati.
4. Ayak tepung dan serbuk penaik. Masukkan dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu cair.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan merah, hijau dan kuning.
6. Mula-mula masukkan 1 senduk warna hijau ditengah-tengah tin.Kemudian tuangkan 1 senduk warna kuning diatas hijau tadi dan kemudian warna merah.Ulangi proses hingga habis adunan digunakan. Ratakan adunan agar memenuhi tin.
7. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.


ini adalah percubaan ku yang hampir kelima kali...aku ambik dari blog kak norli mungkin aku tak berapa nak pandai jadinya pandan cheese cake ni jadi cam kuih bengkak...bengkang pun bengkangk tapi licin gak...rasa sedap tp dia tak boleh gebu mcm tuan puanya resepi wat aku ambik dari kak norli....kat maner silapnya aku pun tak tau....tp pasti akan ku cuba sehingga lebam tangan.............hihihihihi

Wednesday, February 23, 2011

Revesible bags



Salam, kepada kawan-kawan...ini my handmade sabtu ari tu...baru berkesempatan nak upload gambar,,,plan nak wat lama ( dah berhabuk pun kain heavy cottonnye....)..bila dah ada mood mmg tak sampai satu jam dah siap...lepas makan tengahari koi 1.45ptg start mengunting kain jam 2.30 dah siap...mcm tak percaya sepantas itu leh wat...itu pun bergantung kepada mood aritu...akhirnya jap 3.00ptg dah pakai untuk gi kelas....hihihihi...alhamdullilah semuanya selesai tak ler jadi projek tergendala...hahahaha..

start mengunting koi 1.45ptg




beg ni boleh diguna ikut pilihan corak kainnya...yang ni sebelah dalam


ini hasilnya dah siap mengikut corak berlatarkan hitam........satu kepuasan bila dapat siapkannya...tak ler jadi projek terbengkalai.....go,go caiyooo...

yang nir plak aktiviti ari ahad ari,,,mengunting kain-kain dapat ler 3 helai jubah, 6 helai sarung bantal dan 1 beg untuk dijual my handmade.....Selai jubah dah siap dan dah diserahkan kepada tuan punya, 2 helai lagi in progress..dah siap cantum tp kena bukak ler plak tangannya kecik...nasib baik untuk anak perempuan sendiri....nanti berkesempatan aku akan upload gambar ek...tunggu.....dalam habis mengunting aku berkesempatan untuk mengunjungi blog
Jom Jahit : Apron TiniHani.com ...jom jon geng

Monday, February 14, 2011

'Happy Birthday Muhammad Aysar'

Salam, kepada semua pembaca-pembaca blog nir..nak mengimbau kembali kenangan 3 tahun lepas,,terkenang kembali kenangan semasa aku mengandungkannya aku sibuk menjadi Petugas Haji untuk Operasi Haji ,,,baru menghantar dari kelana jaya ke KLIA jer dah seronok kalo aku dapat sertai ke Tanah Suci lagi seronok....melahirkannya pun tak begitu memeritkan masuk wad 2 pagi bersalin 2.45pagi,,alhamdullillah,,,berkat sebagai petugas haji agaknya...


Gambar bila Aysar dah pandai bergaya....Happy Birthday my baby...malam nir kami sekeluarga bercadang untuk menyambut

MAULIDUR RASUL SAW 1432 DI MASJID AL-FALAH USJ 9

jom kita ramai-ramai kesana...memeriahkan suasana..andai ada yang masih tertanya

KENAPA KITA MENYAMBUT MAULID NABI??? INILAH HUJJAH-HUJJAHNYA. dipeti dari pondokhabib (Kecintaan dan kasih sayang kepada Ahlul Baiyt).



Gambar baru bangun tido....hihihi

Gambar 6 bulan baru lepas nengok kerete contol racing kat Shah Alam



Jeng-jeng gambar 4 bulan..


Gambar Aysar Pukul 7 pagi 14 Feb 2008