Followers

Wednesday, December 29, 2010

PRODUK TERBARU DIPASARAN DARI RNZ COSMETICS

AYU'DARA CREAM 50GM -
RM45.00WM/RM49.00EM

Kebaikan Ayu'Dara Cream

* Menganjalkan kembali payudara yang mengendur dan jatuh.
* Memantap dan memontokkan lagi bentuk payudara serta menjadikan ia lebih padat.
* Membesarkan payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut.
* Menegangkan dan menstabilkan kedudukan payudara seseorang wanita.
* Mencerahkan puting dan menghilangkan kedutan di sekitar payudara.
* Mengekalkan kecantikan payudara.





Pencuci Wanita SIREH RAPAT
Harga : RM 25.90 wm / RM 29.90 em

• Membantu mencegah jangkitan.
• Sebagai antiseptik untuk membunuh kuman dan bakteria.
• Membantu mengatasi masalah keputihan.
• Membantu memulihkan luka.
• Menegang dan mengecutkan otot-otot dalaman vagina.
• Menghilangkan bau yang kurang menyenangkan.
• Memberi keselesaan dan kesegaran sepanjang hari.

KESIHATAN BERMULA DARI KEBERSIHAN..

Thursday, November 25, 2010

Pemandangan dari Jeti Kampung ku....

Salam kepada semua...inilah pemandangan indah dari kampungku...nampak Jambatan Bainun dan kat bukit depan tu terletaknya kilang tepung MFM atau pun tepung cempaka....sebenarnya kalo dari Jeti Lumut boleh nampak kampung aku, yang aku peliknya dari kampung aku tak ler plak leh nampak Jeti Lumut...pelik,pelik,pelik....hihihihi...tetiba syahdu ler plak ingat kat kampungku...tapi yang paling meruntun jiwa nak balik kampung sebab kat sana ada orang yang tersayang..( huhuhu..ibu ayahku)...hati nir tak sabar nak tunggu esok,, nak balik kg...bestnya....rindu,,rindu serindunya...nak tau tak?? zaman kecik-kecik kat tepi pantai nir ler tempat aku menikmati makan tengahari dgn geng-geng aku sambil nikmati pemandangan indah nir,,,(boleh wat jiwa tenang wooo.) tapi walaupun kampung aku kat tepi pantai aku still tak pandai berenang....hahaha....

syok nir kalo dapat berenang....

New Design

Purple Polko dot
RM43.00 ( Caj Pos RM5.00)
Available size S



Overalls Persimmon Red
RM 43.00 (Caj Pos RM5.00)
Available size L & S


Wednesday, November 24, 2010

Cerita Jubah

Salam kepada semua....sedar tak sedar dah 3 helai jubah aku siapkan...bermulanya dengan jubah anak daraku dan kemudian jubah untuk kawan-kawan....hihihi...bila dah siap rasa suatu kepuasan...tapi betullah kata orang bila dah start tekan gear nak berhenti dah susah...dah bertahun-tahun aku beli mesin jahit singer nir,,,,tapi sekarang baru terasa aku lebih mengenalinya.....(almaklumlah dulu jarang nak sentuh sbb siang sibuk berkeje, malam plak sibuk ngan kerje umah..asyik kalot tak sudah...) malam ni tak sempat nak upload gambar nanti ler siang-siang bila berkesempatan...sedang aku menunggu anak dara sorang aku nir lelapkan masa ( takut nak pejamkan masa bila sorang-sorang, jadinya terpaksa ler aku jadi peneman sehingga mata nya terlelap....sambil-sambil tu boleh ler aku wat apa-apa kerja kat bilik dia sehingga dia lena ler...dah alang-alang meja komputer dibiliknya baik ler aku update blog..)...kan dah janji nak upload hasil jahitan...nir ler dia jubah dewasa...


nir cuff hujung tangan....kat sini part yang paling aku suka...

kat leher nir ler betul-betul menguji kesabaran...tapi alhamdullillah mengambil masa 2 hari saja untuk siapkan selai jubah...alhamdullillah...

Hasilnya,,,,,hampir 2 minggu jugak ler nak menyiapkan 2 helai....aku belum betul-betul pakar dalam bidang jahitan nir....harap ada kawan-kawan diblog ni yang dah pakar leh kongsi ilmu untuk aku improve my sewing... atau ada petua-petua yang boleh memudahkan lagi aktiviti jahit-menjahit nir...


Tuesday, November 16, 2010

Salam Eidul Adha...

salam kepada pembaca-pembaca blog and follower semua...just nak ucap selamat menyambut Eidul Adha....sama-samalah menghayati erti sebuah pengorbanan....huhuhu...tak balik raya huhuhu.............kena masak juadah raya sendirilah ye....hihihi...

Tuesday, October 26, 2010

Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway!


DONE!!

Roti tak sempat sejuk, dah licin...

salam, petang nir baru berkesempatan nak upload gambar....ahad lepas wat roti yang aku dapat dari blog kat norli..(sedap makan roti buatan sendiri,,,,ditanggung halal dan bersih) Loyang yang pertama cantik sikit tak ler terlalu gelap sangat...tp tak sempat sejuk dah lenyap dari pandangan mata.....loyang yang second gelap sikit, agaknya oven dah panas ,,,,(hihihi mmg ler panas)...berterima kasih sangat pada kak norli sebab sebelumnya ada ler mencuba beberapa resepi wat roti yang diambil dari majalah tapi semuanya hampehhh....yang ini boss besar kat umah nir pun puji..".sedap macam roti jual kat kedai ler(kembang sikit idung temek nirr)...ari nir nak wat lagi sbb anak dara nak makan roti yang mak wat.....

First loyang sekelip mata hilang dari pandangan mata walau pun panas,,,(kuatnya makan anak-anak aku nir)


Second loyang,,,,keluar jer dari oven,,,masing-masing ambik tupperware nak simpan bawak gi sekolah esoknya....(hihihi bahagia hidup kalo dari dulu dah pandai wat roti)............memandangkan ada kawan-kawan yang minta untuk aku share resepi...jeng-jeng-jeng..aku berterima kasih sangat kat kak norli...bila nengok blog kak norli rasa seronok nak mencuba resepi roti yang dia bagi (mcm syok jer nak cuba)... hihihi...mari ler kita memanfaatkan resepi roti ni....selamat mencuba....

RESIPI DOH ASAS ROTI (1)

A 100g tepung roti (high protin)
70 g air mendidih

B 300g tepung roti (high protin)
100g tepung gandum
80g gula castor
6g garam
20g susu tepung
9g yis segera

C 175g air sejuk
60g telor sejuk

D 60g butter

CARA2

1. campurkan air panas didih kedlm tepung sebatikan jadikan doh. sejukkan dah masukkan kedlm peti ais selama 12 jam.
2 campurkan adunan B sebatikan dan masukkan adunan C dan uli sehingga menjadi doh baru masukkan adunan A tadi, uli sehingga sebati.
3 campurkan adunan D dan uli sehingga menjadi elastik, buat ujian elastik
4. rehatkan selama 40minit atau sehingga naik 2x ganda
5. apabila doh naik tumbuk buang angin dahulu. buat doh besar rehat 10 minit.
6. bahagi2 kan doh dan bentuk2 kan dan masukkan inti jika perlu. rehat 30minit to 1jam atau sehingga doh naik 2x ganda
.

Tuesday, October 19, 2010

Hasil Jahitan Ahad lepas balik Madras

Bila dah start explore whislet lepas tu wat lapik pemegang peti ais ler plak...keinginan dah lama cuma tak berkesempatan punya idea...(hihihi macam-macam alasan kalo dah diserang penyakit M) insyaallah akan ku teruskan perjuangan jahitanku (salah satu nikmat iaitu nikmat jahitan ....)

terjumpa fiber yang tahun bila punya aku belasah jer......nampak ler lapiknya gebu sikit....



gambar tak gelap sikit sbb tangkap pakai PDA..ada banyak yang perlu diperbaiki insyaallah...cuma aku nir kena lebih tekun lagi....lepasnya nak jahit jubah anak untuk majlis konvo tadika 6 tahun (kakak lili)...minta-minta jadiler ye dah tak sabar-sabar kakak suruh maknya jahit jubah......hihihihi....

Wrislet

Salam kepada semua pembaca blog,,,lama tak update blog (busy dengan kerja-kerja umah hihihi..) ni nak kongsi kisah aku jahit wrislet nir semua gara-gara menziarah blog mila salah seorang kawan yang boleh membakar semangat aku mencuba berbagai-bagai jahitan...thank mila hihihihi...jadinya tengok dok syok melayari blog nir aku pun berminat untuk join jom jahit wrislet anjuran TiniHani jadi inilah hasil walau pun dah due date 15 october 2010,,,jeng-jeng-jeng

hasilnya

untuk lapik dalam dah poket..

first step....
harap-harao geng-geng yang terror beri tunjuk ajar yer....

Friday, October 1, 2010

Salam Jumaat

salam jumaat, semoga ALLAH sentiasa memberkati suamiku,ibubapaku, ibubapa mertua, anak-anakku, adik beradik serta jiran2 dan kawan2 ku semua...AMIN...


Thursday, September 23, 2010

Citer lepas raya...

salam kepada semua,,,,lama tak update blog...tak berkesempatan mendang......ni line clear sikit bila sikecik dah tidor, hero-hero gi REHAL dan yang tinggal si kakak yang ngadap tv9...citer-citer lepas raya ni mmg macam-macam..ni ada projek nak auter sliding door jiran....projek terbengkalai crosstitch pun lum settle lagi...bila lar nak siap, tapi dah bercita-cita nak tukar sarung sofa.......tapi apa-apa pun lebih baik siapkan sliding door jiran dulu...hehehe...

Wednesday, August 18, 2010

JOM BELI 2 KOTAK SUPER MAXX 5 SAVE POS CAJ


Salam, kepada semua pembaca blog ini saya ingin war-warkan

"BELI 2 KOTAK SUPERMAXX 5 PERCUMA POS SERTA DIJAMIN BARANG ORI"

'MoH bELi NgAn Aye'



Terhangat di PASARAN !!!

Minuman SUPER MAXX-5+1
RM55.00 (WM) / RM60.00 (EM)
Tanpa Rasa Sakit..
Tanpa Bahaya..
Sedap & Lazat
Tanpa Rasa Lapar...Tak Mahal
  • membantu mendapatkan berat badan yang ideal
  • kaya dengan kandungan serat yang tinggi
  • membantu mengekalkan tenaga yang berpanjangan
  • mengurangkan rasa lapar
  • membantu tidur dengan nyenyak
  • membantu kecerdasan minda
  • membantu mencantikkan struktur kulit
  • tanpa GULA sesuai untuk penghidap Diabetes
  • Kaya dengan Anti Oksida
  • membantu melangsingkan badan dalam masa yang singkat
  • Tanpa PEWARNA...Tanpa GULA....Tanpa PERASA....segalanya SEMULAJADI & SELAMAT...



Sunday, August 15, 2010

Telekung Dewasa

Telekung XL
Kain Poly cotton
Cukup Labuh
Ukuran : Labuh telekung 134cm, Labuh Sarung 132cm, Lebar sarung 84cm








WM : RM79.90 / EM : 95.90

TELEKUNG SEJAHTERA

MT3480 (Hitam)
MT3481 (Kuning)
MT3482 (Biru)
MT3485 (Pink)
MT3487 (Ungu)
MT34811 (Putih)








WM : RM79.90 / EM RM95.90
TELEKUNG RIANG
MT3520 (Hitam)
MT3525 (Pink)
MT3526 (Peach)
MT35211 (Putih)















WM : RM89.90 / EM : RM105.90

TELEKUNG MURNI


MT3201 (kuning)
MT3204 (hijau)














WM : RM69.90 / EM : RM85.90

TELEKUNG MULIA
(Kain Poly Cotton)
MT3350 (Hitam)
MT3356 (Peach)
MT3355 (Pink)
MT3357 (Ungu)
MT33511 (Putih)

Saturday, August 14, 2010

Produk Baru RNZ Cosmetics


De' Alya
Set Pencerahan tanpa pengelupasan formulasi terbaik untuk Kulit Asia
RM75.00 (SM) / RM79.00 (S/S)



Antara produk terkini dipasaran



Terhangat di PASARAN !!!

Minuman SUPER MAXX-5+1
RM55.00 (WM) / RM60.00 (EM)
Tanpa Rasa Sakit..
Tanpa Bahaya..
Sedap & Lazat
Tanpa Rasa Lapar...Tak Mahal
  • membantu mendapatkan berat badan yang ideal
  • kaya dengan kandungan serat yang tinggi
  • membantu mengekalkan tenaga yang berpanjangan
  • mengurangkan rasa lapar
  • membantu tidur dengan nyenyak
  • membantu kecerdasan minda
  • membantu mencantikkan struktur kulit
  • tanpa GULA sesuai untuk penghidap Diabetes
  • Kaya dengan Anti Oksida
  • membantu melangsingkan badan dalam masa yang singkat
  • Tanpa PEWARNA...Tanpa GULA....Tanpa PERASA....segalanya SEMULAJADI & SELAMAT...

Tuesday, August 10, 2010

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.......

salam, kepada semua yang singgah di blog ini, ingin saya mengucapkan kepada umat islam semua 'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK' semoga Ramadhan kali ini diisi dengan penuh pengisian dan semoga semua mengambil kesempatan, untuk memperbaiki diri dan muhasabah diri untuk kesejahteraan Ummah dan menuju Redho Allah..amin...Selamat berterawih..ingin juga saya berpesan kepada semua yang mengunjungi blog saya dan memanjangkan pesanan dari Ustaz saya...solat terawih paling afdal 20 rakaat ...renung-renungkanlah selamat beramal.....

Friday, July 30, 2010

Tudung Lagi



Tudung Plain RM25.00
Size : L
(Ukuran Dagu ke bawah 15')


Tudung Tiara RM35.00
Size : L
(ukuran dagu ke bawah 15')

Tudung Balqis RM35
Size : L
(ukuran dagu ke bawah 15')

Tudung Tiara RM45.00
Size : XL

(Ukuran dagu ke Bawah 19')



Monday, July 26, 2010

New design T-shirt Muslimah baru keluar 'oven'

Ribbon Green

Harga :
Size M - RM43.00
Size XL - RM43.00


Jenis Ribbon mempunyai poket tersembunyi. Jenis Kain 100% cotton yang berkualiti dan warna yang tidak luntur walau dicuci beberapa kali.







Ribbon Candy Pink


Harga : S & M (RM43.00) , 2XL (RM45.00)


Corak di dada






Sulaman di kaki




Hujung Tangan





Size Available Now
Ladies






SizeSM2XL




Dada384046
Bahu161720
Labuh Baju3434 1/235 1/2
Panjang Tangan1919 1/221 1/2










Thursday, July 22, 2010

Salam, semalam start pukul 4.00ptg baru berkesempatan nak pegang mesin jahit kesayanganku..mesinnya canggih tapi usernya hampehhh.....semalam dapat jahit beg untuk baju hujan ...hahaha....tengah excited nak jahit tu ttiba baru perasan zipnya ngak ada...jadinya camner nak wat...aku pun aper lagi bukak balik zip kat beg lamanya yang dah koyak- rabak aku guna semula...tp udahler tak senada ngan warna beg...tp disebabkan aku tak nak jdkan projek terbelengkalai aku buat jer...jadiler hasilnya beg warna purple( itu pun kain ntah tahun bila aku beli)..dan zipnya warna hijau...hahahah...lantak kome janji beg aku siap....hahaha...itu ler sasaunya aku bila sesuatu benda yang aku excited nak buat semua halangan akan ku tepis.........hasilnya...jeng-jeng-jeng..................

Monday, July 19, 2010

3 helai tudung nak kasi Clear

RM35.00 (termasuk poslaju)


salam, kepada pengunjung blog...nak bagitau ni ada 3 helai stok tudung ku yang belum abis...kasi clear...saya bagi percuma caj poslaju...siapa yang berminat boleh sms/email.....3 helai tudung nir dijual berdasarkan 'first pay,first serve'...tak de reserve, sorry ya...........

Tudung Syria
RM35.00 (termasuk poslaju)















Tudung Balqis - sold out-

RM35.00 (termasuk poslaju)
Jenis kain Lycra. Berkualiti dan selesa dipakai.














RM35.00(termasuk poslaju)
Colour : Cream Plain

Jenis kain lycra dari korea..Berkualiti dan selesa dipakai...

Tudung Raya dari Rimbun

Salam, kat sebelah ni hadiah dari Giveway dr rimbun....dapat tudung free untuk raya....cantik x??...

Monday, July 12, 2010

Latest Caj Pos

KADAR POS DOMESTIK

Berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010

Kategori Berat Kadar Pos (RM)
Mel Standard sehinga 20 g 0.60
Lebih 20 g - 50 g 0.70
Mel Bukan Standard *** Sehingga 50 g 0.80
Lebih 50 g - 100 g 0.90
Lebih 100 g - 250 g 1.00
Lebih 250 g - 500 g 2.00
Lebih 500 g - 1 kg 3.50
Lebih 1 kg - 2 kg 5.50
Poskad - 0.30
Terbitan Berkala Sehingga 20 g 0.50
Lebih 20 g -50 g 0.60
Lebih 50 g - 100 g 0.80
Lebih 100 g - 250 g 0.90
PosDokumen * Sehingga 500 g 1.80
Lebih 500 g - 1 kg 3.00
Lebih 1 kg - 2 kg 4.50
Paket Kecil * Sehingga 1 kg 4.00
Lebih 1 kg - 2 kg 5.50
Bungkusan ** Sehingga 2 kg 7.00
Setiap 1kg berikutnya sehingga 30 kg 1.50


NOTA PENTING UNTUK KADAR POS DOMESTIK:
* BAGI PENGHANTARAN ITEM MELEBIHI 500g MELALUI UDARA DI ANTARA SEMENANJUNG MALAYSIA DAN SABAH / SARAWAK CAJ TAMBAHAN PENGANGKUTAN UDARA AKAN DIKENAKAN SEBANYAK RM 1.50 BAGI SETIAP 500g TAMBAHAN.
** BAGI PENGHANTARAN BUNGKUSAN MELALUI UDARA DI ANTARA SEMENANJUNG MALAYSIA DAN SABAH / SARAWAK, CAJ TAMBAHAN PENGANGKUTAN UDARA SEBANYAK RM 1.50 AKAN DIKENAKAN BAGI SETIAP 500g ATAU SEBAHAGIANNYA SEHINGGA 30kg.
*** PELAKSANAAN CAJ TAMBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.


Maklumat Caj PosDaftar
Penjelasan Kadar Baru Catatan
Domestik (Dalam Negara) RM 2.20 Caj pendaftaran (RM 1.60) dan bayaran pos kurang daripada 20g (RM 0.60)
Antarabangsa (Luar Negara) RM 4.10 Termasuk bayaran pendaftaran (RM 1.60) dan penyerahan (RM 2.50) tetapi tidak termasuk bayaran pos mengikut destinasi dan berat
Sampul PosDaftar (Dalam Negara) RM 2.50
  • Caj pendaftaran dan pengeposan kurang daripada 50g
  • Ketebalan 3.0mm


NOTA: BAYARAN PENGEPOSAN UNTUK ITEM POSDAFTAR TERTAKLUK KEPADA SAIZ DAN BERAT SAHAJA


Sunday, July 11, 2010

Motivasi Diri...

Dari Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Orang mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu’min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musibah maka janganlah engkau berkata: “Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu.” Tetapi berkatalah: “Ini adalah takdir Allah dan apa sahaja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya,” sebab sesungguhnya ucapan “andaikata” itu membuka pintu godaan syaitan.” (Riwayat Muslim)

Kita perlu membentuk diri kita menjadi orang yang kuat – kuat di pemikiran, fizikal, ilmu, tindakan dan penaakulan.

Orang cemerlang adalah orang yang melatih dirinya untuk sentiasa bekerja kuat, optimis pada masalah serta bersangka baik dengan musibah.

Dia menerima kesilapan dengan pemikiran positif serta tidak pernah merasa menyesal di atas segala salah dan silap yang dilakukan olehnya.

Frasa ‘work hard, work smart’ sudah jadi kurang sesuai pada hari ini.

Pilihlah untuk menggunakan frasa ‘work hard in smart way’.

Dalam kita bekerja kuat, kita perlu bekerja dengan cara yang pintar supaya kerja kita benar-benar mendatangkan hasil. Kita rugi apabila kita bekerja keras tapi hasil kerja kita kurang memuaskan.

Thursday, July 8, 2010

Parenting Lessons from the World Cup..

Salam, topik pagi tadi dalam MHI oleh Zaid Mohamed. Aku paling suka tengok MHI kalo yang mewawancaranya Wardina Safiyah mmg best soalan-soalannya...mungkin selama ni aku kalo tengok bola sepak sekadar nak tengok pasukan yang aku minat dan pemain yang aku minat, kalo kat Malaysia sudah semestinya aku sokong Pasukan Perak sbb aku asal orang Perak tetap setia walaupun pasukan Perak 'tumpo'..hihihi...untuk World Cup ni aku sokong Brazil tp disebabkan Brazil dah tumpo aku sokong belanda ler ye.....apa yang kita dapat dengan menonton World Cup mungkin sekarang baru aku nampak melalui world cup ada sesuatu yang positif boleh aku terapkan dalam hubungan kekeluargaan..kerjasama (ikut ton wonder pet), start dari awal(utk pelajaran anak-anak kena start wat ulangkaji dari awal tp sbenarnya byk lagi cth lain dlm kekeluargaan), tidak putus asa (ibubapa kena selalu beri semangat pd anak-anak) jangan mencari kesilapan tapi cuba untuk cari penyelesaian( ibu atau bapa kena duduk bersama-sama anak-anak utk selesaikan setiap masalah dlm pelajaran), yakin dengan apa yang kita ada dan tawakal...ini cuma contoh untuk ibubapa dan anak-anak sebenarnya banyak yang kita boleh ambil jadi contoh dalam meniti perjalananan hidup ini...cuba satu yang kita ingat segala yang kita lakukan untuk keluarga atau apa sekalipun dengan Niat kerana ALLAH Taala dan berdoa supaya tidak putus dengan Rahmat ALLAH...Insyaallah...Impian pasti tercapai....

Giveaway Cotton


Salam, bestnya kalo aku dapat free cotton nir cantikkan? kalo kawan-kawan nak jugak, meh kita join giveaway kat sini maner tau ada rezeki....hihihi aku ni dah kemaruk nak menjahit Quilt guna kain cotton yang cantik dan berkualiti (itu just impian dilubuk hatiku, kalo tak pat yang biasa pun ok). Dah lama impian ni aku pendam tapi setakat buat guna perca kain ler alhamdullillah menjadi....aku siap download kat free pattern untuk dapat kan pattern yang lain daripada yang biasa mak-mak buat....kononnya nakkan kelainan...menjadi tu tetap menjadi tp warnanya tak yah nak citer ler ...macam-macam ada....hihihi....tp tak pe aku suka dengan colourfull..baru meriah suasana....maner tau ada rezeki aku kali ni...hihihi aritu dah dapat tudung free...nanti kalo dah dapat aku upload gambar...macam tak caya leh jd pemenang...alhamdullillah rezeki tudung tak payah beli untuk raya nir....

Friday, June 25, 2010

RM14.00 Sekotak

Salam, kepada semua yang mengunjungi blog saya...just nak war-warkan sesiapa yang berminat untuk membeli kurma mariami leh contact saya......almaklumlah sekarang dah bulan rejab kemudian syaaban dan seterusnya Ramadhan al Mubarak pasti kurma menjadi pilihan untuk jamahan pertama bagi mengikut sunnah Rasullullah saw...nanti bila dah snap foto saya akan download untuk tatapan semua...Pilihan Eksklusif...Enak dan berkhasiat...kegemaran sekeluarga setiap masa...Kurma safia bertangkai...

Wednesday, June 9, 2010

Activiti Santai

Salam, pejam celik-pejam celik dah setahun 2 bulan aku berhenti kerja....dalam keadaan bertenang ni barulah teringat kat koleksi projek terbengkalai yang alasannya tak de masa sibuk ngan keje balik umah dah sibuk ngan umahtangga and anak-anak tp sekarang mungkin sibuk ngan umahtangga jer tp apa pun alasannya nak seribu daya tak nak seribu dalih itu semua bergantung pada diri aku sendiri nak uruskan masa untuk minat dan menggembangkan skill hihihi...ni antara koleksi crosstitch ku ada beberapa yang masih belum diframe...and ada satu sedang dalam process untuk disiapkan tapi tak tau berapa lama nak siap.....hihihi...tp nir gambar buah strawberry jugak tp warnanya lebih terang dan so sweet n cantik jd harapnya ia tak jadi projek terbengkalaiku....hihihi....mula-mula terpikir jugak kalo aku taksub sgt nanti anak-anak terabai ler plak terutama yang kecik tp itu semua bisik-bisik yang membantutkan aktivitiku....go fighting..... harap-harap siap ler yer...

ni dah start masa masih keje lagi..tp jadi projek terbengkalai...now mungkin tidak go fighting....
kalo dah siap ia akan jadi cam nir....cantiknya....


antara koleksi-koleksi yang dah siap tapi belum di frame lagi....



koleksi ni pun ada kisahnya mengapa warna biru selalunya ramai yang buat kain warna hitam dan benang warna emas...tp tidak aku kerana warna favourite aku biru...tak kisah ler apa pun tp kalo warna biru ia akan menjadi idaman kalbu...yang ni pun ada adik beradiknya Allah dan Muhammad itu pun ada kat kampung...


buah strawberry jugak tapi ini koleksi mula-mula berjinak-jinak dengan crosstitch...satu lagi koleksi buah anggur ni rasa nya ada dikampungku....mungkin gambar ni jadi favourite aku....


ni koleksi spring ada 4 musim tp yang nir jer yang aku buat yang lain2 tu mungkin coming soon...

ini size paling comel...dapat dalam internet...kalo berminat nak order boleh dihubungi saya...hihihi...rasanya cam nak tambah perkataan kat tepi tu welcome ke apa-apa yang menarik nanti aku cuba fikirkan.......

Sunday, June 6, 2010

R&Z Food & Drink "SO COLLAGEN SLIMX"

Clearance Stok
RM29.00
Salam kepada semua,,,SO collagen Slimx dihasilkan daripada bahan yang terbaik seperti sterol tumbuhan yang dapat membantu mengurangkan kolestrol dan menjadikan badan sihat dan bertenaga. Kecantikan akan terserlah dengan pengambilan SO COLLAGEN SLIMX ini. Pastikan anda berpuas hati deangan SO COLLAGEN SLIMX ini kerana ia akan memberi kesan yang terbaik untuk anda. bahan utama : soya, kolegen dan sterol tumbuhan.Tanpa pengawet. tanpa perisa tirua. Tanpa pewarna tiruan..tinggal satu sahaja clearance stok RM29.00...