Followers

Tuesday, October 26, 2010

Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway!


DONE!!

Roti tak sempat sejuk, dah licin...

salam, petang nir baru berkesempatan nak upload gambar....ahad lepas wat roti yang aku dapat dari blog kat norli..(sedap makan roti buatan sendiri,,,,ditanggung halal dan bersih) Loyang yang pertama cantik sikit tak ler terlalu gelap sangat...tp tak sempat sejuk dah lenyap dari pandangan mata.....loyang yang second gelap sikit, agaknya oven dah panas ,,,,(hihihi mmg ler panas)...berterima kasih sangat pada kak norli sebab sebelumnya ada ler mencuba beberapa resepi wat roti yang diambil dari majalah tapi semuanya hampehhh....yang ini boss besar kat umah nir pun puji..".sedap macam roti jual kat kedai ler(kembang sikit idung temek nirr)...ari nir nak wat lagi sbb anak dara nak makan roti yang mak wat.....

First loyang sekelip mata hilang dari pandangan mata walau pun panas,,,(kuatnya makan anak-anak aku nir)


Second loyang,,,,keluar jer dari oven,,,masing-masing ambik tupperware nak simpan bawak gi sekolah esoknya....(hihihi bahagia hidup kalo dari dulu dah pandai wat roti)............memandangkan ada kawan-kawan yang minta untuk aku share resepi...jeng-jeng-jeng..aku berterima kasih sangat kat kak norli...bila nengok blog kak norli rasa seronok nak mencuba resepi roti yang dia bagi (mcm syok jer nak cuba)... hihihi...mari ler kita memanfaatkan resepi roti ni....selamat mencuba....

RESIPI DOH ASAS ROTI (1)

A 100g tepung roti (high protin)
70 g air mendidih

B 300g tepung roti (high protin)
100g tepung gandum
80g gula castor
6g garam
20g susu tepung
9g yis segera

C 175g air sejuk
60g telor sejuk

D 60g butter

CARA2

1. campurkan air panas didih kedlm tepung sebatikan jadikan doh. sejukkan dah masukkan kedlm peti ais selama 12 jam.
2 campurkan adunan B sebatikan dan masukkan adunan C dan uli sehingga menjadi doh baru masukkan adunan A tadi, uli sehingga sebati.
3 campurkan adunan D dan uli sehingga menjadi elastik, buat ujian elastik
4. rehatkan selama 40minit atau sehingga naik 2x ganda
5. apabila doh naik tumbuk buang angin dahulu. buat doh besar rehat 10 minit.
6. bahagi2 kan doh dan bentuk2 kan dan masukkan inti jika perlu. rehat 30minit to 1jam atau sehingga doh naik 2x ganda
.

Tuesday, October 19, 2010

Hasil Jahitan Ahad lepas balik Madras

Bila dah start explore whislet lepas tu wat lapik pemegang peti ais ler plak...keinginan dah lama cuma tak berkesempatan punya idea...(hihihi macam-macam alasan kalo dah diserang penyakit M) insyaallah akan ku teruskan perjuangan jahitanku (salah satu nikmat iaitu nikmat jahitan ....)

terjumpa fiber yang tahun bila punya aku belasah jer......nampak ler lapiknya gebu sikit....



gambar tak gelap sikit sbb tangkap pakai PDA..ada banyak yang perlu diperbaiki insyaallah...cuma aku nir kena lebih tekun lagi....lepasnya nak jahit jubah anak untuk majlis konvo tadika 6 tahun (kakak lili)...minta-minta jadiler ye dah tak sabar-sabar kakak suruh maknya jahit jubah......hihihihi....

Wrislet

Salam kepada semua pembaca blog,,,lama tak update blog (busy dengan kerja-kerja umah hihihi..) ni nak kongsi kisah aku jahit wrislet nir semua gara-gara menziarah blog mila salah seorang kawan yang boleh membakar semangat aku mencuba berbagai-bagai jahitan...thank mila hihihihi...jadinya tengok dok syok melayari blog nir aku pun berminat untuk join jom jahit wrislet anjuran TiniHani jadi inilah hasil walau pun dah due date 15 october 2010,,,jeng-jeng-jeng

hasilnya

untuk lapik dalam dah poket..

first step....
harap-harao geng-geng yang terror beri tunjuk ajar yer....

Friday, October 1, 2010

Salam Jumaat

salam jumaat, semoga ALLAH sentiasa memberkati suamiku,ibubapaku, ibubapa mertua, anak-anakku, adik beradik serta jiran2 dan kawan2 ku semua...AMIN...