Followers

Thursday, November 25, 2010

Pemandangan dari Jeti Kampung ku....

Salam kepada semua...inilah pemandangan indah dari kampungku...nampak Jambatan Bainun dan kat bukit depan tu terletaknya kilang tepung MFM atau pun tepung cempaka....sebenarnya kalo dari Jeti Lumut boleh nampak kampung aku, yang aku peliknya dari kampung aku tak ler plak leh nampak Jeti Lumut...pelik,pelik,pelik....hihihihi...tetiba syahdu ler plak ingat kat kampungku...tapi yang paling meruntun jiwa nak balik kampung sebab kat sana ada orang yang tersayang..( huhuhu..ibu ayahku)...hati nir tak sabar nak tunggu esok,, nak balik kg...bestnya....rindu,,rindu serindunya...nak tau tak?? zaman kecik-kecik kat tepi pantai nir ler tempat aku menikmati makan tengahari dgn geng-geng aku sambil nikmati pemandangan indah nir,,,(boleh wat jiwa tenang wooo.) tapi walaupun kampung aku kat tepi pantai aku still tak pandai berenang....hahaha....

syok nir kalo dapat berenang....

New Design

Purple Polko dot
RM43.00 ( Caj Pos RM5.00)
Available size S



Overalls Persimmon Red
RM 43.00 (Caj Pos RM5.00)
Available size L & S


Wednesday, November 24, 2010

Cerita Jubah

Salam kepada semua....sedar tak sedar dah 3 helai jubah aku siapkan...bermulanya dengan jubah anak daraku dan kemudian jubah untuk kawan-kawan....hihihi...bila dah siap rasa suatu kepuasan...tapi betullah kata orang bila dah start tekan gear nak berhenti dah susah...dah bertahun-tahun aku beli mesin jahit singer nir,,,,tapi sekarang baru terasa aku lebih mengenalinya.....(almaklumlah dulu jarang nak sentuh sbb siang sibuk berkeje, malam plak sibuk ngan kerje umah..asyik kalot tak sudah...) malam ni tak sempat nak upload gambar nanti ler siang-siang bila berkesempatan...sedang aku menunggu anak dara sorang aku nir lelapkan masa ( takut nak pejamkan masa bila sorang-sorang, jadinya terpaksa ler aku jadi peneman sehingga mata nya terlelap....sambil-sambil tu boleh ler aku wat apa-apa kerja kat bilik dia sehingga dia lena ler...dah alang-alang meja komputer dibiliknya baik ler aku update blog..)...kan dah janji nak upload hasil jahitan...nir ler dia jubah dewasa...


nir cuff hujung tangan....kat sini part yang paling aku suka...

kat leher nir ler betul-betul menguji kesabaran...tapi alhamdullillah mengambil masa 2 hari saja untuk siapkan selai jubah...alhamdullillah...

Hasilnya,,,,,hampir 2 minggu jugak ler nak menyiapkan 2 helai....aku belum betul-betul pakar dalam bidang jahitan nir....harap ada kawan-kawan diblog ni yang dah pakar leh kongsi ilmu untuk aku improve my sewing... atau ada petua-petua yang boleh memudahkan lagi aktiviti jahit-menjahit nir...


Tuesday, November 16, 2010

Salam Eidul Adha...

salam kepada pembaca-pembaca blog and follower semua...just nak ucap selamat menyambut Eidul Adha....sama-samalah menghayati erti sebuah pengorbanan....huhuhu...tak balik raya huhuhu.............kena masak juadah raya sendirilah ye....hihihi...

Tuesday, October 26, 2010

Saya Nak Beg Itu ~ Giveaway!


DONE!!

Roti tak sempat sejuk, dah licin...

salam, petang nir baru berkesempatan nak upload gambar....ahad lepas wat roti yang aku dapat dari blog kat norli..(sedap makan roti buatan sendiri,,,,ditanggung halal dan bersih) Loyang yang pertama cantik sikit tak ler terlalu gelap sangat...tp tak sempat sejuk dah lenyap dari pandangan mata.....loyang yang second gelap sikit, agaknya oven dah panas ,,,,(hihihi mmg ler panas)...berterima kasih sangat pada kak norli sebab sebelumnya ada ler mencuba beberapa resepi wat roti yang diambil dari majalah tapi semuanya hampehhh....yang ini boss besar kat umah nir pun puji..".sedap macam roti jual kat kedai ler(kembang sikit idung temek nirr)...ari nir nak wat lagi sbb anak dara nak makan roti yang mak wat.....

First loyang sekelip mata hilang dari pandangan mata walau pun panas,,,(kuatnya makan anak-anak aku nir)


Second loyang,,,,keluar jer dari oven,,,masing-masing ambik tupperware nak simpan bawak gi sekolah esoknya....(hihihi bahagia hidup kalo dari dulu dah pandai wat roti)............memandangkan ada kawan-kawan yang minta untuk aku share resepi...jeng-jeng-jeng..aku berterima kasih sangat kat kak norli...bila nengok blog kak norli rasa seronok nak mencuba resepi roti yang dia bagi (mcm syok jer nak cuba)... hihihi...mari ler kita memanfaatkan resepi roti ni....selamat mencuba....

RESIPI DOH ASAS ROTI (1)

A 100g tepung roti (high protin)
70 g air mendidih

B 300g tepung roti (high protin)
100g tepung gandum
80g gula castor
6g garam
20g susu tepung
9g yis segera

C 175g air sejuk
60g telor sejuk

D 60g butter

CARA2

1. campurkan air panas didih kedlm tepung sebatikan jadikan doh. sejukkan dah masukkan kedlm peti ais selama 12 jam.
2 campurkan adunan B sebatikan dan masukkan adunan C dan uli sehingga menjadi doh baru masukkan adunan A tadi, uli sehingga sebati.
3 campurkan adunan D dan uli sehingga menjadi elastik, buat ujian elastik
4. rehatkan selama 40minit atau sehingga naik 2x ganda
5. apabila doh naik tumbuk buang angin dahulu. buat doh besar rehat 10 minit.
6. bahagi2 kan doh dan bentuk2 kan dan masukkan inti jika perlu. rehat 30minit to 1jam atau sehingga doh naik 2x ganda
.